Video"measuring volume by Peter Weatherall"adalah berbentuk kartun.Pertunjukkan cara menyukat isipadu cecair yang berbentuk perbualan yang disertai dengan lagu memang dapat menarik minat murid Tahun 2 untuk belajar.Murid senang dan mudah memahami cara menyukat isipadu cecair dengan adanya ulasan dan cara menyukat yang jelas ,iaitu sambil menuang air ke dalam selinder sambil menyebut jumlah isipadu air yang telah dituang.
1.0 Pengenalan:
Bagi murid-murid Tahun 2, topik "isipadu cecair"( volume of liquid ) merupakan tajuk yang pertama kali mereka mengenali dan belajar.Oleh itu mengindoktrinasikan konsep "isipadu cecair" kepada murid adalah mustahak dan penting.Penyerapan konsep adalah asas bagi subjek Matematik.Jika murid-murid tidak dapat menguasai konsep tentang sesuatu topik atau tajuk, mereka akan menghadapi masalah dan kesusahan dalam pengiraan, pengukuran dan penyelesaian masalah dalam topik tersebut.
Dalam Unit 10 "Volume Of Liquid", Matematik Tahun 2, murid-muird menghadapi masalah " salah anggap konsep"tentang kapasiti ( misconception on capacity) antara dua bekas. Murid-murid sering membandingkan ketinggian cecair dalam bekas dengan mengatakan tentang kapasiti bekas tersebut. Apabila ditanya bekas mana yang mengandungi cecair yang lebih? Mereka akan menjawab bekas yang tinggi berbandingkan bekas yang rendah,walaupun bekas yang rendah mengandungi lebih banyak cecair.
Oleh itu, kita perlu menggunakan bekas yang pelbagai bentuk dan saiz untuk membuat perbandingan dengan mengisi air ke dalam bekas tersebut dan menuangkannya ke bekas yang lain untuk melihat bekas manakah yang mempunyai kapasiti yang lebih banyak.
No comments:
Post a Comment