Saturday, November 27, 2010


2.0   Alat Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran I ( Teaching Aid And Teaching Activity I):

Aktiviti pengajaran yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mengindoktrinasikan kemahiran menyukat dan membanding isipadu 2 jenis cecair dengan menggunakan unit sukatan yang tidak berstandard atau sukatan yang tidak piawai ( uniform non-standard unit ) kepada murid.

Oleh itu, sebelum menjalankan aktiviti pengajaran, guru telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti di bawah untuk menegaskan perbandingan antara "kapasiti" dan "isipadu" supaya murid-murid tidak akan salah anggap  konsep tentang kedua-duanya.

Pengajaran yang dijalan oleh guru:

1   Guru pamerkan 2 baldi air lut sinar .

2   Isikan baldi yang berwarna biru dengan air yang penuh, biarkan baldi air merah itu kosong.

3   Guru bertanya:
      a) Baldi manakah yang berkapasiti lebih? Mari kita bandingkan kapasiti kedua-dua baldi air.

4   Guru membimbing murid mengatakan:
      a) Baldi biru penuh dengan air manakala baldi merah kosong.

5   Guru suruh murid-murid tuangkan air dari baldi biru ke baldi merah, lalu bertanya:

      a) Adakah baldi merah penuh dengan air?( guru suruh murid tuang separuh air sahaja )
          Tidak, ia hanya separuh penuh.( half full )

      b) Bolehkah kita tuang air ke dalam baldi merah sehingga baldi merah penuh dengan air?
           Boleh.

      c) Baik, murid-murid, sekarang kita perhatikan baldi biru, dalam baldi biru masih ada air?
          Ada.

6   Guru menerang kepada murid-murid:

         Apabila kita menuangkan air dari  baldi biru ke dalam baldi merah sehingga baldi merah  penuh,tetapi kita dapati di dalam baldi biru masih ada air yang tinggal ,ini bermakna:
          "Baldi biru mempunyai kapasiti yang besar."

7   Guru menegaskan bahawa :
            Kapasiti ialah kemampuan menerima sesuatu isipadu, manakala isipadu ialah ruang yang dipenuhi dalam sesuatu bekas.



2.1  Alat Bantu Mengajar I ( Teaching Aid I )


gelas plastik kecil

                     
                                                                      
 
Bekas Kelvin
Bekas Dora
           
         
Bekas Tia

                 
 2.2    Aktiviti Pengajaran I ( Teaching Activities I )

2.2.1  Aktiviti Pengajaran I ( Teaching Activity I  For Low Achiever Students )

Hasil Pembelajaran( Learning outcome):
 Murid-murid dapat menggunakan unit sukatan tidak berstandard untuk menyukat isipadu cecair.
( Measure volume of liquid using uniform non-standard unit )

1   Suruh 3 orang murid meletakkan bekas air mereka di atas meja.

2  Isikan ketiga-tiga bekas air itu penuh dengan air.

3   Guru menanya:

     a) Bekas air siapakah yang mempunyai isipadu air yang paling banyak?
         Mari kita gunakan gelas plastik untuk menyukat isipadu air setiap bekas air.

4   Susun 3 buah meja dan letakkan 10 biji gelas plastik di atas setiap meja.

5   Agihkan murid-murid kepada 3 kumpulan.

     a)  Kumpulan Dora

     b)  Kumpulan Tia

     c)  Kumpulan Kelvin

6   Setiap kumpulan menjalankan aktiviti kumpulan dengan menuangkan air dari bekas air itu ke dalam gelas plastik.

7   Guru menanya:

     a) Bekas Dora dapat mengisi berapa gelas air?
          6 gelas.

     b) Bekas Tia dapat mengisi berapa gelas air?
          7 gelas.

     c) Bekas Kelvin dapat mengisi berapa gelas air?
          9 gelas.

     d) Bekas siapakah yang mengisi air yang paling banyak?
          Bekas Kelvin.

     e) Bekas siapakah yang mengisi air yang sedikit?
          Bekas Dora.

     f) Berapakah gelas air yang dapat kita tuang dari bekas yang mempunyai air yang paling sedikit?
          6 gelas.

8   Guru menegaskan bahawa:

      Bekas Kelvin dapat mengisi 9 gelas air, bermakna "bekas Kelvin mempunyai kapasiti yang besar ; manakala bekas Dora hanya dapat mengisi 6 gelas air, ini  bermakna "bekas Dora mempunyai kapasiti yang kecil".

9   Guru membimbing murid-murid membaca:

      Isipadu air dalam bekas Kelvin lebih banyak daripada isipadu air dalam bekas Dora.

10  Murid-murid menyusun isipadu air bekas-bekas mengikuti urutan menurun dan menaik.

      Urutan menurun: bekas Kelvin; bekas Tia dan bekas Dora.

      Urutan menaik :  bekas Dora; bekas Tia dan bekas Kelvin.

11  Guru membimbing murid-murid menyanyi lagu "What Shape Is Water"( Gunakan tune "Are You Sleeping )

                              LAGU( Tune "Are You Sleeping " )
           
                                       What Shape Is Water?

                                          Water in bottles,
                                               Water in pans,
                                          Water in kettles,
                                               Water in cans,
                                          It's always the shape
                                                Of whatever it's in,
                                          Bucket or kettle,
                                                Or bottle or tin.

2.2.2  Aktivti Pengajaran I ( Teaching activity I For High Achiever Students )

Hasil Pembelajaran ( Learning Outcome ):
 Murid-murid dapat menggunakan unit sukatan tidak berstandard untuk menyukat isipadu cecair.
( Measure volume of liquid using uniform non-standard unit )

1   Ulang langkah 1 sehingga langkah 7. 

2   Setiap kumpulan menjawab soalan di atas kertas mahjong yang disediakan oleh guru.

3   Soalan-soalan seperti berikut:

     a) Bekas Kelvin mengisi   9 gelas air.

     b) Bekas Dora mempunyai isipadu air yang paling  sedikit  sekali. 

     c) Bekas Kelvin mempunyai isipadu air yang paling  banyak  sekali.

     d) Air dalam bekas Tia lebih  banyak  daripada bekas Dora
         tetapi  kurang daripada bekas Kelvin. 
  
     e) Perbezaan air antara bekas Kelvin dengan bekas Dora ialah  3  gelas.

     f) Perbezaan air antara bekas Tia dengan bekas Dora ialah  1  gelas.

     g) Perbezaan isipadu air antara bekas besar dan bekas kecil ialah berapa gelas air?
           3 gelas.

4   Setiap kumpulan membentangkan hasil kumpulan mereka di papan hitam.

5    Guru menegaskan bahawa:

        Bekas Kelvin dapat mengisi 9 gelas air, bermakna "bekas Kelvin mempunyai kapasiti yang  besar ; manakala bekas Dora hanya dapat mengisi 6 gelas air, ini  bermakna "bekas Dora mempunyai kapasiti yang kecil".

6   Guru membimbing murid-murid membaca:

      Isipadu air dalam bekas Kelvin lebih banyak daripada isipadu air dalam bekas Dora.

7    Guru membimbing murid-murid menyanyi lagu "What Shape Is Water"( Gunakan tune "Are You Sleeping ).



                                  LAGU( Tune "Are You Sleeping " )
           
                                              What Shape Is Water? 

                                          Water in bottles,
                                               Water in pans,
                                          Water in kettles,
                                               Water in cans,
                                          It's always the shape
                                                Of whatever it's in,
                                          Bucket or kettle,
                                                Or bottle or tin.

No comments:

Post a Comment