Saturday, November 27, 2010

3.0   Alat Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran II ( Teaching Aid And Teaching Activity II ) 

Aktiviti pengajaran kedua yang dicadangkan bertujuan untuk mengajar muird-murid menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit sukatan standard( Standard Unit ).

 Oleh itu, sebelum menjalankan aktiviti pengajaran, guru telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran supaya murid-muird dapat buat perbandingan dan perbezaan antara alat sukatan standard dan alat sukatan yang tidak berstandard untuk menyukat isipadu air. 

Pengajaran yang dijalan oleh guru:

1    Guru sedia dua botol air ( Botol A dan Botol B )yang berisipadu
      1 liter air setiap botol  ,10 biji cawan kecil dan 10 biji gelas plastik kecil.

2    Guru suruh satu kumpulan murid tuang air dari botol A ke dalam cawan kecil mengikut giliran.

3    Guru suruh satu  lagi kumpulan yang lain tuang air dari botol B ke dalam gelas plastik mengikut giliran.

4    Guru menanya:
       a) Berapa cawan air yang kamu dapat tuang dari Botol A?
            8 cawan air

      b) Berapa gelas air yang kamu dapat tuang dari Botol B?
            6 gelas air

     c) Mengapa kamu memerlukan bilangan cawan yang  banyak  untuk mengisi air dalam sukatan 1 liter.
           kerana kapasiti cawan lebih kecil daripada kapasiti gelas

5    Guru menerang kapada murid:
       " selain mengguna cawan atau gelas untuk menyukat isipadu cecair, kita boleh menggunakan alat yang mempunyai sukatan standard untuk menyukat isipadu cecair,iaitu mengguna selinder penyukat."



   
3.1   Alat Bantu Mengajar II ( Teaching Aid II )
air


cawan

                                                                                                                         



selinder penyukat




jug dalam sukatan 1 litre


    
3.2   Aktiviti Pengajaran II( Teaching Activity II )

3.2.1 Aktiviti Pengajaran II ( Teaching Activity II For Low Achiever Students )

Hasil Pembelajaran ( Learning Outcome ):
      Murid-murid boleh menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit sukatan standard.
      ( Measure volume of liquid using standard unit )
   

1   Bentuk murid-murid dalam kumpulan, setiap kumpulan 10 orang murid.

2  Setaip kumpulan diagihkan 1 baldi yang berisi dengan air, 1 selinder penyukat dalam sukatan 1 liter dan 1 cawan .

3   Guru memperkenalkan selinder penyukat dalam sukatan 1 liter sambil membimbing murid-murid membaca unit sukatan yang terdapat dalam selinder,0 hingga 1 liter/1000ml. ( 100ml, 200ml, ---1 liter).

4   Guru membimbing murid-murid menggunakan cawan yang disediakan untuk menyukat air dari baldi ke dalam selinder.

5   Apabila murid-murid menuang secawan air ke dalam selinder, suruh mereka memerhati kenaikkan aras air,iaitu dari 0 ke 100ml, 200ml, 300ml dan seterusnya sehingga 1 liter/1000ml.

6   Murid-murid menyebut 100ml, 200ml 300ml---1liter/1000ml di bawah bimbingan guru.

7   Guru menjelas kepada murid cara membaca sukatan selinder yang tepat.

         
Cara bacaan sukatan yang tepat

8    Guru menegaskan bahawa: 1 liter =1000ml.

9   Pertandingan "10 Litre Race" dalam kumpulan, murid-murid dalam kumpulan bergilir-gilir untuk mengisi air ke dalam jug yang bersukatan 1 liter dengan menggunakan cawan dalam masa 2 minit.

10   Setelah 2 minit, kumpulan yang dapat mengisi air yang paling banyak itu adalah pemenang.


3.2.2   Aktiviti Pengajaran II ( Teaching Activity For High Achiever Students ) 

Hasil Pembelajaran ( Learning Outcome ):
      Murid-murid boleh menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit sukatan standard.
      ( Measure volume of liquid using standard unit )

1   Ulang langkah 1 hingga langkah 9.

2   Setelah 2 minit, setiap kumpulan menyukat dan mencatat isipadu air dalam setiap jug.

3   Setiap kumpulan menulis sukatan isipadu air dalam jug mengikut urutan menurun dan menaik.

4   Kumpulan yang menyelesaikan tugasan dengan cepat dan tepat ialah pemenang.


4.0 Kesimpulan:

Bagi murid-murid Tahap 1,iaitu Tahun 2 pengajaran dan pembelajaran hendaklah menggunakan bahan-bahan atau alat-alat maujud dalam kehidupan mereka sebagai alat bantu mengajar supaya mereka mudah faham dan dapat menyerap konsep serta menguasai kemahiran dalam subjek Matematik.Tambahan pula, dengan adanya pengabungjalinan dan penghubungkaitan dengan lagu, permainan dan pergerakan badan, ini dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.

1 comment: