Saturday, November 27, 2010


FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES



HBMT2103: TEACHING MATEMATICS IN YEAR TWO

SEMESTER: SEPTEMBER  2010



ASSIGNMENT TITLE : TEACHING AIDS AND TEACHING ACTIVITIES FOR TEACHING VOLUME OF LIQIUD




Tutor’s name : Pn. Tolhah Binti Abdullah
Learning Centre : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)
   KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Isi Kandungan

Isi Kandungan:

                  Video ( Measuring Volume By Peter Weatherall )
1.0           Pengenalan
2.0          Alat Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran I
               ( Teaching Aid And Teaching   Activity I )
2.1          Alat Bantu Mengajar I ( Teaching Aid I )
2.2          Aktiviti Pengajaran  I ( Teaching Activities I )
2.2.1       Aktiviti Pengajaran I (  Teaching Activity I For Low Achiever Students )
2.2.2       Aktiviti Pengajaran I ( Teaching Activity I For High Achiever Students )
3.0          Alat Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran II
               ( Teaching Aid And Teaching Activity II ) 
3.1          Alat Bantu Mengajar II ( Teaching Aid II )
3.2          Aktiviti Pengajaran  II ( Teaching Activity  II )
3.2.1       Aktiviti Pengajaran II ( Teachng Activity II For Low Achiever Students ) 
3.2.2       Aktiviti Pengajaran II ( Teacing Activity II For High Achiever Students )
4.0          Kesimpulan
               Rujukan



 Video"measuring volume by Peter Weatherall"adalah berbentuk kartun.Pertunjukkan cara menyukat isipadu cecair yang berbentuk perbualan yang disertai dengan lagu memang dapat menarik minat murid Tahun 2 untuk belajar.Murid senang dan mudah memahami cara menyukat isipadu cecair dengan adanya ulasan dan cara menyukat yang jelas ,iaitu sambil menuang air ke dalam selinder sambil menyebut jumlah isipadu air yang telah dituang.




1.0  Pengenalan:

Bagi murid-murid Tahun 2, topik "isipadu cecair"( volume of liquid ) merupakan tajuk yang pertama kali mereka mengenali dan belajar.Oleh itu mengindoktrinasikan konsep "isipadu  cecair" kepada murid adalah mustahak dan penting.Penyerapan konsep adalah asas bagi subjek Matematik.Jika murid-murid tidak dapat menguasai konsep tentang sesuatu topik atau tajuk, mereka akan menghadapi masalah dan kesusahan dalam pengiraan, pengukuran dan penyelesaian masalah dalam topik tersebut.

Dalam Unit 10 "Volume Of Liquid", Matematik Tahun 2, murid-muird menghadapi masalah " salah anggap konsep"tentang kapasiti ( misconception on capacity) antara dua bekas. Murid-murid sering membandingkan ketinggian cecair dalam bekas dengan mengatakan tentang kapasiti bekas tersebut. Apabila ditanya bekas mana yang mengandungi cecair yang lebih? Mereka akan menjawab bekas yang tinggi berbandingkan bekas yang rendah,walaupun bekas yang rendah mengandungi lebih banyak cecair.

Oleh itu, kita perlu menggunakan bekas yang pelbagai bentuk dan saiz untuk membuat perbandingan dengan mengisi air ke dalam bekas tersebut dan menuangkannya ke bekas yang lain untuk melihat bekas manakah yang mempunyai kapasiti yang lebih banyak.




2.0   Alat Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran I ( Teaching Aid And Teaching Activity I):

Aktiviti pengajaran yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mengindoktrinasikan kemahiran menyukat dan membanding isipadu 2 jenis cecair dengan menggunakan unit sukatan yang tidak berstandard atau sukatan yang tidak piawai ( uniform non-standard unit ) kepada murid.

Oleh itu, sebelum menjalankan aktiviti pengajaran, guru telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti di bawah untuk menegaskan perbandingan antara "kapasiti" dan "isipadu" supaya murid-murid tidak akan salah anggap  konsep tentang kedua-duanya.

Pengajaran yang dijalan oleh guru:

1   Guru pamerkan 2 baldi air lut sinar .

2   Isikan baldi yang berwarna biru dengan air yang penuh, biarkan baldi air merah itu kosong.

3   Guru bertanya:
      a) Baldi manakah yang berkapasiti lebih? Mari kita bandingkan kapasiti kedua-dua baldi air.

4   Guru membimbing murid mengatakan:
      a) Baldi biru penuh dengan air manakala baldi merah kosong.

5   Guru suruh murid-murid tuangkan air dari baldi biru ke baldi merah, lalu bertanya:

      a) Adakah baldi merah penuh dengan air?( guru suruh murid tuang separuh air sahaja )
          Tidak, ia hanya separuh penuh.( half full )

      b) Bolehkah kita tuang air ke dalam baldi merah sehingga baldi merah penuh dengan air?
           Boleh.

      c) Baik, murid-murid, sekarang kita perhatikan baldi biru, dalam baldi biru masih ada air?
          Ada.

6   Guru menerang kepada murid-murid:

         Apabila kita menuangkan air dari  baldi biru ke dalam baldi merah sehingga baldi merah  penuh,tetapi kita dapati di dalam baldi biru masih ada air yang tinggal ,ini bermakna:
          "Baldi biru mempunyai kapasiti yang besar."

7   Guru menegaskan bahawa :
            Kapasiti ialah kemampuan menerima sesuatu isipadu, manakala isipadu ialah ruang yang dipenuhi dalam sesuatu bekas.



2.1  Alat Bantu Mengajar I ( Teaching Aid I )


gelas plastik kecil

                     
                                                                      
 
Bekas Kelvin
Bekas Dora
           
         
Bekas Tia

                 
 2.2    Aktiviti Pengajaran I ( Teaching Activities I )

2.2.1  Aktiviti Pengajaran I ( Teaching Activity I  For Low Achiever Students )

Hasil Pembelajaran( Learning outcome):
 Murid-murid dapat menggunakan unit sukatan tidak berstandard untuk menyukat isipadu cecair.
( Measure volume of liquid using uniform non-standard unit )

1   Suruh 3 orang murid meletakkan bekas air mereka di atas meja.

2  Isikan ketiga-tiga bekas air itu penuh dengan air.

3   Guru menanya:

     a) Bekas air siapakah yang mempunyai isipadu air yang paling banyak?
         Mari kita gunakan gelas plastik untuk menyukat isipadu air setiap bekas air.

4   Susun 3 buah meja dan letakkan 10 biji gelas plastik di atas setiap meja.

5   Agihkan murid-murid kepada 3 kumpulan.

     a)  Kumpulan Dora

     b)  Kumpulan Tia

     c)  Kumpulan Kelvin

6   Setiap kumpulan menjalankan aktiviti kumpulan dengan menuangkan air dari bekas air itu ke dalam gelas plastik.

7   Guru menanya:

     a) Bekas Dora dapat mengisi berapa gelas air?
          6 gelas.

     b) Bekas Tia dapat mengisi berapa gelas air?
          7 gelas.

     c) Bekas Kelvin dapat mengisi berapa gelas air?
          9 gelas.

     d) Bekas siapakah yang mengisi air yang paling banyak?
          Bekas Kelvin.

     e) Bekas siapakah yang mengisi air yang sedikit?
          Bekas Dora.

     f) Berapakah gelas air yang dapat kita tuang dari bekas yang mempunyai air yang paling sedikit?
          6 gelas.

8   Guru menegaskan bahawa:

      Bekas Kelvin dapat mengisi 9 gelas air, bermakna "bekas Kelvin mempunyai kapasiti yang besar ; manakala bekas Dora hanya dapat mengisi 6 gelas air, ini  bermakna "bekas Dora mempunyai kapasiti yang kecil".

9   Guru membimbing murid-murid membaca:

      Isipadu air dalam bekas Kelvin lebih banyak daripada isipadu air dalam bekas Dora.

10  Murid-murid menyusun isipadu air bekas-bekas mengikuti urutan menurun dan menaik.

      Urutan menurun: bekas Kelvin; bekas Tia dan bekas Dora.

      Urutan menaik :  bekas Dora; bekas Tia dan bekas Kelvin.

11  Guru membimbing murid-murid menyanyi lagu "What Shape Is Water"( Gunakan tune "Are You Sleeping )

                              LAGU( Tune "Are You Sleeping " )
           
                                       What Shape Is Water?

                                          Water in bottles,
                                               Water in pans,
                                          Water in kettles,
                                               Water in cans,
                                          It's always the shape
                                                Of whatever it's in,
                                          Bucket or kettle,
                                                Or bottle or tin.

2.2.2  Aktivti Pengajaran I ( Teaching activity I For High Achiever Students )

Hasil Pembelajaran ( Learning Outcome ):
 Murid-murid dapat menggunakan unit sukatan tidak berstandard untuk menyukat isipadu cecair.
( Measure volume of liquid using uniform non-standard unit )

1   Ulang langkah 1 sehingga langkah 7. 

2   Setiap kumpulan menjawab soalan di atas kertas mahjong yang disediakan oleh guru.

3   Soalan-soalan seperti berikut:

     a) Bekas Kelvin mengisi   9 gelas air.

     b) Bekas Dora mempunyai isipadu air yang paling  sedikit  sekali. 

     c) Bekas Kelvin mempunyai isipadu air yang paling  banyak  sekali.

     d) Air dalam bekas Tia lebih  banyak  daripada bekas Dora
         tetapi  kurang daripada bekas Kelvin. 
  
     e) Perbezaan air antara bekas Kelvin dengan bekas Dora ialah  3  gelas.

     f) Perbezaan air antara bekas Tia dengan bekas Dora ialah  1  gelas.

     g) Perbezaan isipadu air antara bekas besar dan bekas kecil ialah berapa gelas air?
           3 gelas.

4   Setiap kumpulan membentangkan hasil kumpulan mereka di papan hitam.

5    Guru menegaskan bahawa:

        Bekas Kelvin dapat mengisi 9 gelas air, bermakna "bekas Kelvin mempunyai kapasiti yang  besar ; manakala bekas Dora hanya dapat mengisi 6 gelas air, ini  bermakna "bekas Dora mempunyai kapasiti yang kecil".

6   Guru membimbing murid-murid membaca:

      Isipadu air dalam bekas Kelvin lebih banyak daripada isipadu air dalam bekas Dora.

7    Guru membimbing murid-murid menyanyi lagu "What Shape Is Water"( Gunakan tune "Are You Sleeping ).



                                  LAGU( Tune "Are You Sleeping " )
           
                                              What Shape Is Water? 

                                          Water in bottles,
                                               Water in pans,
                                          Water in kettles,
                                               Water in cans,
                                          It's always the shape
                                                Of whatever it's in,
                                          Bucket or kettle,
                                                Or bottle or tin.
3.0   Alat Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran II ( Teaching Aid And Teaching Activity II ) 

Aktiviti pengajaran kedua yang dicadangkan bertujuan untuk mengajar muird-murid menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit sukatan standard( Standard Unit ).

 Oleh itu, sebelum menjalankan aktiviti pengajaran, guru telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran supaya murid-muird dapat buat perbandingan dan perbezaan antara alat sukatan standard dan alat sukatan yang tidak berstandard untuk menyukat isipadu air. 

Pengajaran yang dijalan oleh guru:

1    Guru sedia dua botol air ( Botol A dan Botol B )yang berisipadu
      1 liter air setiap botol  ,10 biji cawan kecil dan 10 biji gelas plastik kecil.

2    Guru suruh satu kumpulan murid tuang air dari botol A ke dalam cawan kecil mengikut giliran.

3    Guru suruh satu  lagi kumpulan yang lain tuang air dari botol B ke dalam gelas plastik mengikut giliran.

4    Guru menanya:
       a) Berapa cawan air yang kamu dapat tuang dari Botol A?
            8 cawan air

      b) Berapa gelas air yang kamu dapat tuang dari Botol B?
            6 gelas air

     c) Mengapa kamu memerlukan bilangan cawan yang  banyak  untuk mengisi air dalam sukatan 1 liter.
           kerana kapasiti cawan lebih kecil daripada kapasiti gelas

5    Guru menerang kapada murid:
       " selain mengguna cawan atau gelas untuk menyukat isipadu cecair, kita boleh menggunakan alat yang mempunyai sukatan standard untuk menyukat isipadu cecair,iaitu mengguna selinder penyukat."



   
3.1   Alat Bantu Mengajar II ( Teaching Aid II )
air


cawan

                                                                                                                         



selinder penyukat




jug dalam sukatan 1 litre


    
3.2   Aktiviti Pengajaran II( Teaching Activity II )

3.2.1 Aktiviti Pengajaran II ( Teaching Activity II For Low Achiever Students )

Hasil Pembelajaran ( Learning Outcome ):
      Murid-murid boleh menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit sukatan standard.
      ( Measure volume of liquid using standard unit )
   

1   Bentuk murid-murid dalam kumpulan, setiap kumpulan 10 orang murid.

2  Setaip kumpulan diagihkan 1 baldi yang berisi dengan air, 1 selinder penyukat dalam sukatan 1 liter dan 1 cawan .

3   Guru memperkenalkan selinder penyukat dalam sukatan 1 liter sambil membimbing murid-murid membaca unit sukatan yang terdapat dalam selinder,0 hingga 1 liter/1000ml. ( 100ml, 200ml, ---1 liter).

4   Guru membimbing murid-murid menggunakan cawan yang disediakan untuk menyukat air dari baldi ke dalam selinder.

5   Apabila murid-murid menuang secawan air ke dalam selinder, suruh mereka memerhati kenaikkan aras air,iaitu dari 0 ke 100ml, 200ml, 300ml dan seterusnya sehingga 1 liter/1000ml.

6   Murid-murid menyebut 100ml, 200ml 300ml---1liter/1000ml di bawah bimbingan guru.

7   Guru menjelas kepada murid cara membaca sukatan selinder yang tepat.

         
Cara bacaan sukatan yang tepat

8    Guru menegaskan bahawa: 1 liter =1000ml.

9   Pertandingan "10 Litre Race" dalam kumpulan, murid-murid dalam kumpulan bergilir-gilir untuk mengisi air ke dalam jug yang bersukatan 1 liter dengan menggunakan cawan dalam masa 2 minit.

10   Setelah 2 minit, kumpulan yang dapat mengisi air yang paling banyak itu adalah pemenang.


3.2.2   Aktiviti Pengajaran II ( Teaching Activity For High Achiever Students ) 

Hasil Pembelajaran ( Learning Outcome ):
      Murid-murid boleh menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit sukatan standard.
      ( Measure volume of liquid using standard unit )

1   Ulang langkah 1 hingga langkah 9.

2   Setelah 2 minit, setiap kumpulan menyukat dan mencatat isipadu air dalam setiap jug.

3   Setiap kumpulan menulis sukatan isipadu air dalam jug mengikut urutan menurun dan menaik.

4   Kumpulan yang menyelesaikan tugasan dengan cepat dan tepat ialah pemenang.


4.0 Kesimpulan:

Bagi murid-murid Tahap 1,iaitu Tahun 2 pengajaran dan pembelajaran hendaklah menggunakan bahan-bahan atau alat-alat maujud dalam kehidupan mereka sebagai alat bantu mengajar supaya mereka mudah faham dan dapat menyerap konsep serta menguasai kemahiran dalam subjek Matematik.Tambahan pula, dengan adanya pengabungjalinan dan penghubungkaitan dengan lagu, permainan dan pergerakan badan, ini dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.

Rujukan

Rujukan:

Ministry of Education Malaysia.(2003).Integrated Curriculum for Primary School.Curriculum Specifications Mathematics Year 2.Kuala Lumpur:Curriculum Development Centre.

Lee Tak Sing,Lean Kee Fong&Azizah Binti Haji Tengah.(2003).Mathematics Textbook Year 2(Part 2).Hypersurf  Corporation Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.

Lee Tak Sing, Lean Kee Fong&Azizah Binti Haji Tengah.(2003).Mathematics Activity Book Year 2 (Part 2). Hypersurf Corporation Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.

Murugiah s/o Velayuthan, KaoThuan Keat.(2010) .Teaching Mathematics in Year Two.Meteor Doc.Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan.

Alice Tan.(2004).Siri Latihan Topikal Pengukuhan Intelek:Mathematics Year 2.Penerbitan Intelek.Perak.

Annie Yau.(2004).Master@Tests KBSR Mathematics Year 2.Sasbadi Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan

http://www.youtube.com/watch